Perbuatan Yang Mewarisi Kepapaan

Dipetik dr Kitab Taalim Mutaallim dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani.

Berikut ialah Perbuatan Yang Mewarisi Kepapaan
 
1) Mengerjakan dosa Melebihkan tidur
2) Tidur bertelanjang
3) Tidur selepas solat subuh
4) Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan)
5) Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian,gunakanlah sapu tangan
6) Membakar kulit bawang(merah@putih)
7) Menyapu rumah pada malam hari
8) Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan)
9) Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat)
10) Membasuh tangan dengan tanah
11) Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya
12) Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk) 13) Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan
14) Bersegera keluar dari masjid
15) Pergi ke pasar pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan
16) Tidak membasuh bekas makanan
17) Memadam pelita dengan mulut
18) Menyisir rambut dengan sikat yang patah2
19) Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa
20) Memakai serban ketika duduk Memakai seluar ketika berdiri
21) Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja
22) Membuang kahak ketika qada hajat
23) Menyapu rumah dengan kain(pakaian)
24) Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali)
25) Duduk dibendul rumah
26) Duduk diantara belahan pintu
27) Berwudhu ditempat tidur
28) Makan sesuatu ketika berjunub
 
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk kitab Taalim Mutaallim (m/s 43) dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantan
 
 

Untungnya Orang Bercinta....???




Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah, kerana mendapat perhatian,cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapatkan kecintaan daripada Allah pula.
Orang yang mendapat kecintaan Allah akan hidup bahagia dan tenang ketika di dunia. Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang kekal abadi.

Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta.
Kita pasti tidak mau gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang Maha Pencinta…… dengan curahan cinta Nya yang Agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa
dariNya. 



Jangankan di Akhirat, selagi di dunia pun, akan terasa di hati balasan cintaNya...






Tanda Cinta….


1. Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat,membantu menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunah. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim karena Allah, dengan menjaga batas-batasnya .

2. Saling beri-memberi kErana Allah demi  keredhaanNya semata. Tidak kerana yang lain.Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat.

Allah menjelaskan bagaimana cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah berbuat kebaikan dan yang berakhlak mulia.
Diantaranya Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."
( Q.S: Ali Imran,Ayat:146.)

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."
( Q.S: Ali-Imran,Ayat: 134 )

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri."
( Q.S: Al-Baqarah. Ayat: 222 )

♥ ♥ ♥ Ciri-Ciri Wanita Syurga ♥ ♥ ♥






Adakah hanya orang-orang beriman daripada kalangan muslimin dan bidadari sahaja yg menjadi penghuni 
syurga? Bagaimana dgn isteri-isteri kaum mukminin di dunia,dan wanita-wanita penduduk bumi? 


Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya akan tetap menjadi pendamping suaminya 
kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya,
tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Pastinya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :


-- Bertakwa.

-- Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

-- Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan mengerjakan haji bagi yang mampu.

-- Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

-- Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

-- Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama orang dan berdoa kepada Allah semata.

-- Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

-- Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

-- Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

-- Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan marah dan memaafkan manusia.

-- Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

-- Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keburukan orang lain (ghibah).

-- Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

-- Berbakti kepada kedua orang tua.

-- Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah An Nisa’ ayat 13).

                   WANITA MAWAR BERDURI



MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,
Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.


MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,Daripada Kumbang yang membinasa,Duri didahanmu tetap tersedia,Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.


MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,Menahan cabaran yang diberi,Tetap tidak pernah hilang harga diri,Dirimu indah sukar untuk didekati,Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,Melainkan syariat memberi.


MAWAR,
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,kerna dirimu telah rosak dibinasakan.

MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.