Petua Dan Doa Menghindari Mimpi Buruk




akuislam.com

Antara petua yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dgn doa ini.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku) 

Keterangan & Petua Beramal


الرؤيا الصالحة من الله والحلم من الشياطين فإذا رأى أحدكم ما يجب
فلا يحدث به إلا من يحب الحديث


Maksudnya : Nabi saw bersabda , yang bermaksud : “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.
Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:
a) Meludah ke kirinya, tiga kali (Meludah di sini bermaksud meniup )
b) Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
c) Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
d) Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
e) Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu
Sebelum tidur juga, pastikan anda :
a) Tidur dalam keadaan wuduk
b) Membaca 3 Qul, ayatul Kursi
c) Banyakkan istighfar dan selawat
Jika di dunia bila kita nampak kala jengking, lipan bara, ular dan sebagainya pasti kita akan lari atau bg yg berani akan membunuhnya..Tetapi bila kita sudah memasuki alam kubur, kita tidak mampu lg untuk berbuat apa2...






Bg yang selalu meninggalkan solat bahkan yg melengah-lengahkan solat,ular akan melilit tubuh kita...kala jengking akan menyengat bahkan ada yg lebih dahsyat dari itu yg kita belum tahu lagi...Waktu itu tiada sapa yg boleh tolong kita,bahkan orang yg paling kita sayang pon tidak tahu apa nasib kita di dalam kubur..


Jika kita selamat pada fasa tersebut yakni kubur,maka fasa-fasa yg seterusnya akan menjadi lebih mudah..Jika kita orang yg dicintai Allah,maka kubur membelai dan melayani kita bagaikan seorang ibu..Tetapi jika kita mati dalam kemurkaan Allah, maka kubur akan menghimpit kita sehingga tulang rusuk bertemu....Nau'zubiilah..


Marilah sama2 kita ingat, bahawa tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah...Beribadah kpd Allah...Beribadah kpd Allah...


Sy sayang semua saudara islam saya, sy syg kaum kerabat sy,sy syg sahabat2 sy dan sy berharap kita semua akan bertemu lagi di syurga sana..insya Allah...amin..


Jaga hatimu hanya untuk yang layak memiliki......


Dalam berpasangan, cinta seorang wanita hanyalah untuk suaminya sahaja, begitu juga cinta seorang suami hanyalah untuk isterinya sahaja. Bukan untuk aweks, balaks, gf, bf, mahupun tunangan sekalipun, selagi tiada ikatan yang HALAL bersama. Jika tidak, hati itu sudah dinodai oleh yang tidak berhak ke atas kita. Nak ke gitu? Mesti semua tak nak kan. Kalaupun dialah lelaki yang menjadi suami anda nanti, tapi tidak gentarkah anda dengan jalan zina yang anda pilih sebelum membina masjid.


Sekadar perkongsian hati.. Jangan marah ! Saje je la nak post.


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. 
Biarlah aku hanya cantik di matamu. 
Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. 
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.



Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki 
bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu 
seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. 
Terkadang ada rasa di benak fikiran, 
mengapa ramai perempuan yang suka menarik perhatian ramai lelaki?

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan lelaki 
yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? 
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi ini? 
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. 
Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, 
aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. 
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik? 

Jangan ragu wahai diri, tak perlu bersusah-payah menggoda lelaki 
bak wanita tiada iman dan tak percaya akan takdir Allah 
kerana jodohmu sudah Allah tetapkan saat kau dilahirkan lagi.

Tidak kunafikan sebagai remaja, memerlukan kesabaran 
dalam mendidik sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat 
adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina. 
Zina itu banyak cabang, dan aku tak mahu terjatuh walau dalam satu cabang zina sekalipun. 
Aku mahu menjadi yang bersih dari fitnah zina.

Aku juga punya rasa untuk disayangi dan menyayangi. 
Namun setiap kali perasaan itu datang, 
setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu semata-mata untukmu. Semata-mata untuk kau yang tidak aku ketahui siapa.

Allah telah memuliakan seorang lelaki 
yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. 
Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. 
Engkau berhak mendapat kasih yang tulen. 
Kerana itulah, aku menjaga hatiku dari dicemari dengan cinta yang tak halal. 
Ya Allah, kekalkan keadaanku ini.

Diriku yang memang lemah ini 
mungkin akan diuji dengan lelaki yang ingin berkenalan denganku. 
Hanya satu prinsip yang aku pegang, 
bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. 
Wanita fitnah bagi lelaki. 
Dan aku tidak mahu menjadi agen syaitan 
yang terus menyambut cinta yang datang dengan cara yang tidak halal.

Andai ada lelaki yang ingin mendekatiku dengan cara yang tidak halal, 
ku katakan pada hati ini, mahukah kamu membina masjid dengan jalan zina? 
Mahukah kamu mendapat zuriat dengan jalan zina? 
Mampukah lelaki yang memilih untuk membina masjid dengan jalan zina membimbingmu ke syurga? Mahukah kamu memilih jalan yang dimurkai Allah ini untuk membina syurga duniamu?

Hanya padaMu aku bermunajat, 
jauhkanlah aku dari babak-babak hitam ini dari hidupku. 
Aku tak mahu ada kisah gelap dalam mencari cinta seorang lelaki yang bakal menjadi imamku. 
Aku tak mahu Kau murka Ya Allah.

Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan. 
Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusof Alaihisalam,
 juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, 
atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Sallallahu' Alaihi Wassalam, 
yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andai kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, 
Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi tidak diikat dengan ikatan yang sah, 
selagi itu jangan bazirkan perasaan itu 
kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang Allah tetapkan. 
Aku takut perbuatan-perbuatan yang tidak baik memberi kesan 
yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. 
Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu mencari redha Illahi. 
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku bersyukur pada Illahi kiranya 
akulah yang ditakdirkan meniup semnagt juangmu, 
menulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenagan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu
dengan tanganku sendiri. 
Itu impianku. 
Aku pasti berendam airmata darah, 
andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau pasti mencintaiku keranaNya.

Moga kita dijauhkan dari cinta yang tak halal sebelum akad dilafazkan. Moga kita selamat dari segala fitnah dunia. Moga kita menggapai cinta Allah sebelum mencari cinta dunia ini.

Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.


Accept me the way i am.. ^^,


 :: Gunakan masa sekarang untuk mempersiapkan dirimu ke arah itu, bukan dengan membuang duit dan masa, menggadai iman, semata-mata kerana insan yang bernama lelaki


Syukur,alhamdulillah..akan ku jaga hati dan cinta ini hanya untuk "dia" yg layak untukku....

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. 

Melihat tingkah laku Luqman itu, orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. 

Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." 

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." 

Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu." 

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Kisah Pemuda yang dianggap gila...


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. 

Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut zarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat zarrah itu." 

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu zarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat zarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat zarrah cintanya kepada-Mu." 

Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.  Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. 

Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." 

Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. 

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." 

Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat zarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya." 

Azam Ramadhan anda........???

Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian....syukur ke hadrai Ilahi kerana dgn izinNya kita dapat bertemu lagi pada Ramdhan kali ini...mira mohon maaf kerana tidak dapat post banyak dalam satu2 artikel kerana agak bz kebelakangan ini....


Apa2 pon,Diharap Ramadhan tahun ini tidak sia2 dan manfaatkanlah "pinjaman masa" yg diberikan Allah kepada kita...




Mari kita check adakah salah satu di bawah ini kita lakukan di bulan Puasa?


1...Perbanyakkan solat SUNAT bermula dengan solat FAJAR, solat ISRAQ, solat DHUHA, solat WUDUK, solat TAUBAT, solat RAWATIB, solat TERAWIH, solat TAHAJJUDsolat ISTIKHARAH, solat TASBIH dan penutup dengan solat WITIR.
2... Istiqomah dengan dzikir pagi dan dzikir petang, dzikir minimum 300 pagi dan 300 petang serta banyakkan Istigfar.
3... Bersedekah setiap hari walaupun HANYA RM1.00.
4...Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.
5...Bertadarus Al-Quran bersama keluarga.
6...Banyakkan IKTIQAF di Masjid pada 10 hari terakhir Ramadhan.
7...Mengadakan majlis ILMU bersama keluarga dengan membacakan beberapa hadis nabi setiap hari.
8...Tidak membazir terutama JUADAH makanan.



muhasabahlah dan istiqomahlah dalam setiap urusanmu,...Allah bersama kita...