Lagu Yang Memberi aku kekuatan

Kearah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalah ku...HambaMu Allah....

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalah ku...HambaMu Allah....

Allah......Ya.....Allah...Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui...

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalah ku...HambaMu Allah....






Maafkan akak...

Dengan Nama Allah aku mulakan tulisanku kali ini...

Walaupun ada test "fiqh muamalat " minggu ni, aku tetap ingin menulis...Alhamdulillah, test bukanlah penyebab urusan lain terganggu..Bagiku,kalau ada test ke tak,aku tetap akan online..insya Allah...sebab apa?sebabnya dengan menulis di blog ni aku rasa hilang sedikit beban dan terlupa sedikit pada masalah lain...huhuhu...bukan apa,sebab ada orang kalau exam je, stop online...it's depend..aku ialah aku...Jadilah diri sendiri..

Oppss.....tersasar pula..apa kena mengena dengan tajuk maafkan akak dengan test ni...hehehe...saje je,bg intro sikit...."Maafkan akak "...general tajuknya...aku ada wat salah dengan adik aku ke?hehehe...aah,ada la jugak...setiap kali balik kampung,adik2 ku tak kan terlepas dari kena usik dengan kakak dia ni...kadang2 sampai diorang geram dgnku pun ada...tapi mereka tetap sayang pada ku dan merasa sunyi bila aku tiada di rumah...huhuhuhu...(mode:perasan)


Back to the topic, sebenarnya aku sedih..sedih dengan dunia sekarang...buka je paper, kes buang bayi...bukak jela paper mana pun tk kira metro,berita harian,kosmo...semua pasal buang bayi...kadang2 aku rasa nak nangis pun ada...seolah2 baby ni macam sampah...macam gambar di ats,pelajar sekolah agama buang bayi...Allahu Akbar...makin sedih lagi aku dengar..jangan salahkan sekolah agama,....sekolah agama tak salah....aku sakit hati bila ada mulut2 orang cakap, " budak sekolah agama saja,tp perangai mcm hantu"..lagi satu, pakai tudung labuh,tp perangai mcm syaitan"...geramku dengar smua ni...bukan sekolah agama yg salah dan bukan tudung labuh yang salah..yg slahnya perbuatan individu tersebut..

Kadang2 aku fikir,apa punca semua ni berlaku?Adakah sebab pergaulan bebas?atau sebab kurangnya didikan agama dalam diri?atau terpengaruh?atau...atau...atau..dan atau...soalan yg tiada jawapan..

Sekarang baru tahun 2011, belum lagi tahun 2020...tahun 2020,umurku 30...Allahu Akbar...dh tua rupanya....hehehehe..sepanjang hidupku umur 21 tahun ni, aku rasa tahun 2011 lah yang paling banyak kes pembuangan bayi...sedih....!..ku harap sangat keturunanku nanti bersih dari gejala jahiliah ini...amin,....oppsss,bukan keturunanku shj,tapi semua pembaca sekalian...amin.

Maafkan akak...adik !!! sebenarnya akak tak ada kuasa satu pun untuk membantu kalian...tengok2,kalian sudah dibunuh oleh ibu bapa kalian sendiri,..Tapi kalian harus bangga,kerana kalian confirm masuk syurga...cuma yang akak ada ,hanyalah doa...ya....doa...doa senjata mukmin...akak berdoa agar roh2 kalian Allah tempatkan di tempat yang mulia...

Lastly,ku amat berharap agar gejala jahiliah yang ada dalam diri kita sendiri even kita sedar atau tidak..cepat2lah kita kembali kepada Allah..kerana tiada insan yg terlepas dari dosa kecuali Rasulullah s.a.w...iaitu kekasih kita....

Cukuplah setakat ini..aku ingin smbung study...assalamualaikum............




KUMPUL DOSA TANPA SEDAR !!!


Setiap mukmin hendaklah berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar tidak terjerumus ke lembah dosa dan kemurkaan Allah. Dosa mengakibatkan hidup kita tiada keberkatan, rezeki disempitkan, jiwa kelu kesah dan yang lebih menakutkan akan diazab di dalam kubur dan dihumban ke dalam neraka di akhirat.

Amalan yang menyebabkan kita mendapat dosa hendaklah dihindari sama sekali. Bila terlanjur melakukannya cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah. Jangan dibiarkan dosa begitu sahaja kerana ia akan menyebabkan iman menjadi lemah dan memudahkan syaitan untuk menguasai diri kita untuk melakukan dosa yang lebih besar.

Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah jangan melakukan perkara yang menyebabkan dosa berkembang biak dan mendapat dosa berlipat kali ganda. Macamana perkara ini boleh berlaku? Bila kita memaparkan sesuatu perkara yang mengundang dosa sama ada mempamerkan gambar mendedahkan aurat, video lucah, filem Barat, klip video yang mendedahkan aurat atau mempromosikan artis-artis dan seumpamanya.

Ancaman mengenai perkara ini telah disebutkan oleh Rasulullah saw yang bermaksud :

“Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka. ( Imam Muslim )

Sebagaimana seseorang yang menunjukkan jalan ke arah kebaikan akan mendapat pahala, orang yang menunjukkan ke jalan kejahatan juga akan mendapat dosa tidak kurang sedikitpun.

Sekiranya anda seorang yang amat meminati filem, lagu atau artis pujaan anda, janganlah disebarkan kepada orang lain kerana itu juga termasuk mempromosikannya. Memadailah anda seorang diri sahaja yang menanggung dosanya. Sememangnya tidak dapat dinafikan kita tidak dapat lari dari dosa bila menonton filem sama ada filem tempatan atau filem barat kerana pemaparan aksi pendedahan aurat, pergaulan bebas, penggunaan bahasa kesat dan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama.

Kita dapati remaja kita pada hari ini tenggelam dengan hiburan yang melalaikan termasuk memuja artis-artis sama ada artis tempatan atau artis Hollywood, Bollywood, Jepun, Korea dan sebagainya. Pendamkanlah minat anda itu, tidak perlu anda memaklumkan kepada orang lain kerana ia menyerlahkan keaiban dan membuatkan orang lain hilang rasa hormat kepada anda. Lebih parah sekiranya orang lain juga meminati mereka disebabkan promosi anda. Maka anda juga akan mendapat saham dosa tersebut dan tidak kurang sedikitpun dosa tersebut. 

Bayangkan sekiranya berpuluh, beratus atau beribu orang yang menjejaki langkah anda, alangkah banyaknya koleksi dosa yang telah anda lakukan. Pada masa kini promosi seperti ini amat mudah seperti yang dilakukan di laman sosial Facebook, blo-blog peribadi, forum-forum dan sebagainya. Satu dunia boleh membaca promosi dosa anda tersebut .

Allah melarang kita mendedahkan aib orang lain, apakah patut kita mendedahkan aib kita sendiri? Jangan hebohkan dosa yang anda lakukan kerana Allah menutupinya, mudah-mudahan anda bertaubat satu masa nanti. Bila anda dedahkan dosa anda dibimbangi tidak berpeluang untuk mendapat keampunan dari Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Setiap umatku akan mendapat kemaafan kecuali orang yang menzahirkan kemaksiatannya, termasuk menampakkan kemaksiatan ialah seseorang berbuat maksiat pada waktu malamnya lalu pada waktu paginya padahal Allah telah menutupi kemaksiatannya, namun dia mengatakan: Wahai fulan tadi malam aku telah berbuat ini dan ini, kemaksiatannya telah ditutupi oleh Allah lalu pada waktu pagi dia menyingkap apa yang telah disembunyikan oleh Allah”. (Imam Bukhari)

Dalam hadis yang lain Baginda saw bersabda :

Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla."( al-Hakim)

Mudah-mudahan dengan tidak mendedahkan dosa anda kepada orang lain, anda akan mendapat keampunan dari Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui kelemahan iman kita dan sukar untuk mengelak dosa. Namun Dia Maha Pengampun dan Penerima Taubat hambaNya. Sabda Rasulullah saw :

Ertinya : Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari) 

Dalam hadis ini Allah menutup dosanya di dunia. Ini bermakna hamba tersebut tidak mendedahkan keaiban dirinya kepada orang lain, maka dia mendapat kelebihan itu. Namun bagi mereka yang telah menyebarkannya kepada satu dunia, berkongsi hobi, bercerita dengan bangga,mempromosi dan sebagainya semasa hidup di dunia, adakah layak mendapat rahmat Allah tersebut? Wallahu Ta’ala A’lam ( Allah Yang Lebih Mengetahui)

Sekiranya anda melakukan perkara mungkar tersebut disebabkan tidak mengetahui akibatnya sebelum ini, maka hentikanlah dari meneruskannya dan bertaubatlah kepada Allah SWT. Masih belum terlambat. Padamkan semua perkara mungkar tersebut dan ubahkan kepada promosi perkara yang boleh mendapat saham pahala seperti maksud firman Allah, sabdaan hadis Nabi saw ( yang sahih), kata-kata nasihat atau apa sahaja ilmu bermanfaat yang boleh dikongsi oleh orang lain untuk kebaikan dunia atau akhirat. Semoga Allah merahmati kita semua.

Wallahualam...

" Seseorang sedang menungguku "

 

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..(T__T)

"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung munajab dan doa kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..

aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi brtemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sntiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zauj"..amin ya rabbi..

ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati..

aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?

qolbi : 
seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah.

aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?

qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk dlm menerima lamarannya?

qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?

qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan membuat keputusan yang kamu solehah..selagi mana kamu memikirkan apakah aku solehah atau tidak, maka selagi itu lah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku dapat mendapat adam yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T

aku yang jahil : subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?

qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui dari mu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersoalkannya..

aku yang jahil :
 astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...
qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..

aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah...

wallahua'lam..

"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..



"andai kehadiran insan yang bergelar zauj menyebabkan aku semakin jauh dengan-Mu, maka usah hadirkan ia kepadaku ya Allah, aku tidak sanggup untuk menukar cinta kepada-Mu dengan cinta kepada makhluk-Mu"..astaghfirullah..(T__T)