Bicara Cinta - Zulfan

Assalamualaikum kepada pembaca blog ku sekalian....Sekarang ni mood nak final exam,minggu stdy week..Tapi ana demam pulak..Alhamdulillah, syukur sebab Allah nak gugurkan dosa2 ku...Kali ni ana nk post mengenai idola ana...Iaitu Fatimah Syarha...

Sungguh kagum ana pada akak Fatimah Syarha dalam mendekati muslimah2 serta ilmu yang bermanfaat beliau kongsikan sama ada di blog mahupun novel -novel beliau..insya Allah, ingin sekali mengikuti jejak langkah beliau...Di bawah ini merupakan koleksi gambar2 beliau , novel2 yang best serta video yang menarik!


Bersama suami beliau, Dr. Farhan Hadi







Antara forum-forum beliau....

Forum 1 : Fesyen Muslimah



Forum 2 : Nikmat Cinta setelah Menikah




   Forum  3: Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul 



Forum 4 : Cinta Muka Buku




Forum 5 : Cafe Cinta


WARNA KERUH DAN KUNING SEMASA HAID ???

Soalan; ust, Saya ada 1 kemusykilan berkaitan dengan kedudukan darah berwarna kuning dan keruh; Jika seseorang wanita yang kebiasanya datang haid dalam tempoh 5-6 hari. Selepas melahirkan anak beliau mendapati selepas hari ke-6 masih terdapat cecair berwarna kuning dan keruh, dan ianya berlarutan hinggalah hari ke-10. . . Persoalannya adakah warna keruh dan kuning keluar (diluar kebiasaan) itu masih dikira haid? apakah beliau boleh melaksanakan ibadah seperti wanita suci? Mohon penjelasan ustaz..Terima kasih.





Jawapan;

Warna kuning dan keruh yang dilihat dalam tempoh kebiasaan haid atau tempoh kemungkinan haid (iaitu 15 hari menurut mazhab Syafi’ie) adalah dikira haid. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab;

لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء
“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari).

Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam). Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Saidatina Aisyah tadi) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Adapun jika warna kuning dan keruh itu dilihat setelah tempoh kemungkinan haid (iaitu dilihat setelah 15 hari), maka ia bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ini kerana tempoh paling lama seorang wanita boleh kedatangan haid ialah 15 hari. Jika selepas 15 hari darahnya masih belum berhenti, maka darah yang selepas 15 hari itu bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ia hendaklah mandi dan melakukan ibadah sepertimana wanita suci walaupun darah masih keluar dari farajnya dengan mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan Syarak ke atas wanita istihadhah (sila baca di; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html). 

Begitu juga, bukan haid jika warna kuning atau keruh itu dilihat oleh seorang wanita dalam tempoh sucinya (yakni tempoh suci setelah habis haid, iaitu sekurang-kurangnya 15 hari). Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. (salah seorang wanita sahabat Nabi); “Kami (yakni wanita-wanita sahabat Nabi) tidak menghitung warna keruh dan juga kuning ketika suci sebagai suatu tanda haid” (HR Imam Bukhari dan Abu Daud). Kesimpulannya, warna kuning dan keruh hanya dianggap haid jika dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid atau kemungkinan haid. Adapun dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 4, kitab al-Haidh, bab al-Mustahadhah.
2. Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Ruysd, 1/73.
3. at-Tahzib, Imam al-Baghawi, 1/458.
4. Aunul-Ma’bud, Allamah Abi at-Tayyib, 1/331.
5. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 1/387-392.
5. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 77.
6. al-Haidh Wa an-Nifas, Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 34, 50-51.

by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL 

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/warna-keruh-dan-kuning-semasa-haid.html

Salam....soal jawab agama ini sy ambil daripada beberapa laman web @ blog...dan setiap soal jawab yang saya postkan ,akan sy sertakan sekali dari mana sumbernya...Harap bermanfaat...terima kasih...
- Manisnya Hikmah diatas Ujian Allah SWT - 


Alhamdulillah, hari ini sy nak kongsikan kepada anda semua satu video yang amat membuat hati saya kembali tenang, kembali bermuhasabah, lantas sy menangis...tazkirah ringkas ini disampaikan oleh Dr. MAZA berjudul MANISNYA HIKMAH DI ATAS UJIAN ALLAH...Selamat menonton dan mendengar..




Alhamdulillah, hari ini sy nak kongsikan kepada anda semua satu video yang amat membuat hati saya kembali tenang, kembali bermuhasabah, lantas sy menangis...tazkirah ringkas ini disampaikan oleh Dr. MAZA berjudul MANISNYA HIKMAH DI ATAS UJIAN ALLAH...Selamat menonton dan mendengar..

Imam Ali Zainal Abidin ra


Imam yang banyak sujud










 Imam Ali Zainal Abidin, satu-satunya anak lelaki Sayyidina Hussin yang selamat dalam peperangan di Karbala. Imam Ali Zainal Abidin yang terkenal hamba yang paling banyak bersujud ini. Kata-kata yang tersusun rapi, yang sudah pasti tidak mampu diungkap oleh insan yang keras hatinya. Beliau terkenal sebagai Imam yang sangat banyak bersujud.


Kita mungkin kurang mengenali cicit Rasulullah saw ini, ada pula yang apabila mendengar nama besar ini terus melabelkan Syiah. Namun kehebatan dan keagungan cicit baginda saw ini melampaui segala batas mazhab, beliau adalah milik ummah untuk dicintai dan dicontohi.


Kalau kawan-kawan yang mengambil bidang Adab sudah pasti akan bertemu rangkaian syair hebat Farazdaq yang secara spontan melantunkan puji-pujian terhadap Imam Ali Zainal Abidin ini. 


Farazdaq yang terkenal sebagai penyair banyak menggunakan kelebihannya untuk memuji para pembesar, pemerintah, menghiburkan pemimpin dengan syair-syairnya. Namun kecintaan nya terhadap ahlil bait tidak mampu disembunyikan, apabila suatu hari di dalam Masjidil Haram ketika anak khalifah Umawiyyah, Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan tidak dapat mencium Hajar Aswad kerana rami orang, lalu beliau duduk di satu bahagian memerhatikan orang ramai. Bersama-sama beliau ialah para hujjaj dari Syam, tentera-tentera dan pengikutnya.


Tiba-tiba datang Sayyidina Ali Zainal Abidin jalan menunduk ke bumi penuh tawadhuk, menuju ke Ka'abah ramai orang yang mengikutinya. Tidak semena-mena semua orang membuka dan memberikan jalan penuh hormat dan ta'zim kepada cucunda Rasulullah saw yang agung ini. 


Sayyidina Ali Zainal Abidin dapat mencium Hajar Aswad dengan mudah dan bertawaf. Semua orang memberi laluan kepadanya. Semua orang sibuk dan asyik memerhatikan Sayyidina Ali Zainal Abidin darah daging Rasulullah Saw sehingga bertanyalah salah seorang lelaki dari Syam yang bersama Hisyam bin Abdul Malik ini, "Siapakah lelaki yang begitu agung ini, yang memiliki segala kehebatan ini?" Lalu berkatalah Hisyam bin Abdul Malik " Aku tidak tahu" kerana beliau takut orang Syam yang bersamanya ini akan tertarik kepada cucunda Rasulullah saw itu sedang hakikatnya beliau sangat kenal siapakah lelaki yang hebat itu.


Pada ketika itu Farazdaq yang merupakan penyair Hisyam berasa tidak senang hati kepada Hisyam yang pura-pura tidak tahu lalu berkata "Aku tahu siapa dia" lalu beliau melantunkan puji-pujian yang indah secara spontan :


هذا الذي تعرف البطحاء وطأته والبيت يعرفه والحل والحرم
........


Dialah yang dikenal jejak langkahnya,
oleh butiran pasir yang dilaluinya.
Rumah Allah Ka’bah pun mengenalinya,
dan dataran tanah suci sekelilingnya.


Dialah putra insan termulia,
dari hamba Allah seluruhnya.
Dialah manusia hidup berhias takwa,
kesuciannya ditentukan oleh fitrahnya.


Di saat ia menunju Ka’bah,
bertawaf mencium Hajar jejak nendanya
Ruknul Hatim enggan melepaskan tangannya,
karena mengenal betapa ia tinggi nilainya.


Itulah Sayidina Ali Zainal Abidin cicit Rasulullah,
cicit pemimpin segenap umat manusia.
Dengan agamanya manusia berbahagia,
dengan bimbingannya mencapai keridhaanNya.


Pertanyaan Anda “Siapa dia?”
tidak merugikan keharuman namanya.
Arab dan ajam mengenal dia,
walau Anda hendak mengingkarinya.


Tidak pernah ia berucap “tidak”,
kecuali dalam ucapan syahadatnya.
Kalau bukan karena syahadatnya,
“Tidak”nya berubah menjadi “ya”.


Berasal dari keluarga mulia
Mencintainya fardhu dalam agama
Membencinya kufur dalam agama
Dekat padanya selamat dari marabahaya.


Yang mengenal Allah pasti mengenal dia
Yang mengenal dia mengenal keutamaannya
Yang bersumber pada lingkungan keluarganya
Tempat manusia bermandikan cahaya.




Selepas Farazdaq secara spontan bersyair memuji Imam Ali Zainal Abidin dan seluruh Ahlil Bait sehingga orang Syam yang berada di situ mengenali siapakah susuk tubuh lelaki hebat itu, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Hisyam bin Abdul Malik. Farazdaq puas dengan melimpahkan pujian itu, dia dipenjarakan.


Benar sekali Farazdaq, inilah orang yang tidak pernah berkata tidak. Sangat mencintai seluruh umat. Sekiranya tidak ada kalimah nafi istbat di dalam syahadah, nescaya "La" tidak itu menjadi ya.


Imam Ali Zainal Abidin selama hayatnya sering memberi bantuan makanan kepada faqir miskin secara sembunyi di tengah malam. Setiap pagi fakir miskin akan mendapati bungkusan makanan ada di hadapan rumah mereka. Namun apabila kewafatan Imam Ali Zainal Abidin, barulah terbongkar siapakah insan mulia yang meberi secara rahsia itu.

Kitakah isteri yang dicari...?




Kitakah isteri yang dicari selama ini? Adakah kita sudah memenuhi kriteria sebagai seorang isteri..???.Lihatlah dari semua aspek dan perbaikilah apa yang kurang dalam diri kita...Jadilah isteri yang menyejukkan mata suami, insya Allah rumah tangga aman bahagia...ce...mcm dh nikah pulak gayanya...huhuhu..

Muslimat sekalian, menjadi isteri solehah adalah idaman setiap wanita di dunia ini..Bahkan bg sy, bukan sahaja di dunia kita menjadi isteri kepada suami, bahkan di syurga kita nak jugak dia menjadi suami kita...selagi hayat masih ada, selagi itulah berjuang bersama2 dalam mencari mardhatillah serta menuju Jannah.

Sekadar perkongsian...(untuk diri sendri dan semua muslimat)..Di bawah ini ada beberapa persoalan yg kita perlu tanya pd diri kita balik...Betul ke aku macam ni?atau sebaliknya........JOM MUHASABAH..


--- Ada yang inginkan lelaki yang kaya dan hensem..yang penuh sifat kelelakian.
--- Ada yang inginkan yang sekufu dan ‘sekepala’…
--- Ada yang inginkan sama-sama aktif dalam jemaah dan dakwah. Sama-sama bersemangat dalam kerja-kerja sosial dan kebaikan.

Namun, apakah realiti yang sering berlaku…?

Bila suami baik…

“ Abang ni baik sangatlah.. kalau ya pun nak buat baik, agak-agaklah sikit…” luah si isteri tidak puas hati si suami membeli kereta baru untuk ibu dan ayah mertua. Apatah lagi, suami tidak melayan permintaan isteri untuk bercuti ke negara empat musim. Sedangkan kereta itu untuk mengganti kereta lama yang telah terlalu uzur.

Bila suami bertanggungjawab…

“Abang ni asyik balik kerja lewat.. Bila tak kerja pulak, ada je urusan lain yang tak habis-habis.. Abang tinggalkan saya sorang-sorang layan anak kat rumah..”

Sedangkan suami pulang lewat kerana mengurus perniagaannya dengan penuh tanggungjawab. Kerana kemudiannya dia ingin melaksanakan tanggungjawab memberi makan minum pakai pada anak isteri. Kerana dia juga ada tanggungjawab dakwah dan membantu ummah, bukan sekadar mencintai isteri dan anak-anak.

Bila suami berkarakter penuh kelelakian, kita para isteri ingin mem ‘perempuankan’ diri si suami. Diajak suami bershopping baju dan kasut lama-lama, diajak suami bersembang dan bergosip lama-lama tanpa arah tuju, ingin melihat suami juga menangis terharu bila sesuatu yang menyentuh berlaku.. sedangkan itu semua jauh dari minat dan sifat kebanyakan lelaki..

Akan sabarkah kita dengan suami yang baik dan bertanggungjawab sebegini..? Yang berkarisma dengan kelelakiannya…?

Atau kita hanya ingin menjadi isteri yang memiliki suami yang lalai tanggungjawab kerana sibuk memenuhkan keinginan nafsu dan kehendak isteri yang tak pernah puas..?

Bila suami peramah..

“ Abang ni tak payah lah senyum kat semua orang, tak payah sembang dengan diorang selalu.. seronok la perempuan tu abang senyum kat dia, layan sembang..”

Padahal si suami cuba berbaik-baik dengan kakak ipar dan adik ipar perempuan supaya tidak dikatakan sombong dan dingin.

Bila suami berilmu, beriman dan beramal soleh…

“Abang ni asyik baca buku..asyik depan laptop menulis.. bila hujung minggu, sibuk dengan program dakwah, kelas quran lah, kuliah lah, daurah lah.. bila abang nak spend masa dengan saya dan anak-anak..!” ujar isteri dengan rasa sedih tak puas hati.

Sedangkan dulu si isteri mengagumi lelaki yang nampak ke depan dalam program dakwah. Si isteri terkagum-kagum dengan aura ilmu dan keimanan yang terpancar di wajah pemuda dakwah itu. Si isteri tertarik dengan kemurahan hati pemuda itu bersedekah. Si isteri dulunya teruja untuk bersama pemuda dakwah yang giat aktif..

Dan akhirnya meluahkan… “Lebih baik saya kahwin dengan orang biasa..”

Kerana setelah berkahwin dengan ustaz, pendakwah, agamawan, ilmuwan, jutawan, dermawan.. ternyata para isteri sukar untuk menerima gaya hidup suami yang kononnya dulu itulah ciri-ciri idaman.

Dan bagi yang bernikah dengan ‘orang biasa’, mereka berharap pula mendapat ‘orang-orang agama’.

Sedangkan nantinya, sukar para isteri untuk menerima apa-apa kesalahan dan kesilapan suaminya.. Orang agama diharapkan seperti malaikat suci diri sempurna peribadi.

“Tak sangka suami aku macam tu, dia tu kan penghafaz Al Quran..”

“ Suami saya tu namanya je pegawai di jabatan agama tapi…”

“Dengan orang lain sibuk berdakwah, dengan isteri dan anak sendiri tak ada masa…”

Sedangkan seorang suami itu- ‘orang agama atau orang biasa’ - mengharap kita menerima kelemahan dirinya seadanya.

Seorang suami itu harapkan kita bersabar dan kuat mengurus emosi sendiri dan keluarga sewaktu ketiadaannya.Seorang suami itu juga mengharap isteri tidak berhenti menuntut ilmu, agar mampu mendidik fitrah anak dan mencorak rumahtangga dengan suasana islami. Suami keluar berkerja dan berdakwah, isteri di rumah konsisten dan strategik mentarbiyyah [mendidik].

Suami berharap isteri berhenti bergosip dan bersembang kosong tentang artis atau orang lain, tentang fesyen, tentang perabot, make-up, tentang melancong yang memakan kos yang banyak dan topik lain yang menjauhkan famili dari kesederhanaan dan keredhaan Allah.

Setelah bernikah, ternyata kita yang bernama isteri tidak sabar dengan ciri yang kita idamkan dulu..?

Atau kita yang tidak pandai membawa diri dengan karakter suami yang pelbagai bentuk dan gaya…?

Atau kita jarang sekali merasa cukup dengan masa, wang dan kemesraan yang suami kongsikan…?

Ingin yang sekufu, namun sedarkah bahawa sekufu itu boleh jadi kupu-kupu yang meninggalkan pasangannya jika kita tidak bersungguh berubah ke arah kebaikan…dan menjadi renggang jika kita tak pandai memimpin pasangan kepada kebaikan?

Manusia itu mungkin, mungkin pada satu tahap boleh sekufu.Tapi realitinya, manusia sentiasa dan kerap berubah. Kepada yang lebih baik atau lebih teruk. Tak akan terus sekufu.

Dan kita tak berubah dengan kadar dan cara yang sama dengan pasangan hidup. Apapun, moga perubahan itu destinasinya sama –menuju redha Ilahi.

Lalu sebenarnya, yang teramat penting adalah kemampuan kita para isteri membawa diri dalam rumahtangga yang dibina setelah membuat keputusan dengan istikharah dan musyawarah.

Mampu membawa diri yang bagaimana..?

Jika suami kaya, bagaimana untuk kita memahami dan menghormati gaya hidupnya yang berbeza dari kita ‘orang kampung’ (yang tak berapa kaya).

Jika suami orang kampung, bagaimana kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan suasana kekampungan dan tidak menunjuk muka serba tak kena kerana ‘kebandaran’ kita.

Jika suami bijak atau bergulung ijazah hingga PhD, bagaimana untuk kita membina kecerdasan diri agar kita tidak seperti budak tadika yang banyak sangat tak tahu..

Jika suami miskin atau berpangkat lebih rendah, bagaimana untuk kita merendah hati dan bergaul mesra dengannya agar dia tidak merasa tertinggal di belakang isteri, kerana selamanya seorang suami harus di atas sebagai pemimpin yang wajar ditaati dan dihormati.

Jika suami sebaya atau lebih muda, bagaimana untuk kita taat dan redha dengan keputusannya, kerana kita rasa kita lebih matang dari dia atau kita dengan dia sama sahaja, bukan pandai sangat buat keputusan.

Jika suami lebih berusia, bagaimana untuk kita memahami dan meletakkan diri sejajar dengan banyak pengalaman dan pengetahuannya..

Jadi, simpan sebentar senarai calon suami idaman..

Ayuh kita buat senarai menulis apa kekurangan diri kita, apa skills dan value yang kita perlu tambah pada diri dalam rangka menjadi isteri idaman … apa senarai kekuatan yang perlu kita bina, agar kita mampu menjadi isteri yang pandai membawa diri, walau siapapun ditakdirkanNYA buat kita…

Di lempar ke lautan menjadi pulau, di lempar ke awan menjadi bintang yang berkerdipan..hehehee

Menjadi isteri yang bahagia bukan dengan mengharap, mengharap dan banyak menerima, namun dengan banyak memberi, memberi dan terus mencari kebaikan dalam setiap keadaan..

Sekian perkongsian, harap bermanfaat..