Imam Ali Zainal Abidin ra


Imam yang banyak sujud










 Imam Ali Zainal Abidin, satu-satunya anak lelaki Sayyidina Hussin yang selamat dalam peperangan di Karbala. Imam Ali Zainal Abidin yang terkenal hamba yang paling banyak bersujud ini. Kata-kata yang tersusun rapi, yang sudah pasti tidak mampu diungkap oleh insan yang keras hatinya. Beliau terkenal sebagai Imam yang sangat banyak bersujud.


Kita mungkin kurang mengenali cicit Rasulullah saw ini, ada pula yang apabila mendengar nama besar ini terus melabelkan Syiah. Namun kehebatan dan keagungan cicit baginda saw ini melampaui segala batas mazhab, beliau adalah milik ummah untuk dicintai dan dicontohi.


Kalau kawan-kawan yang mengambil bidang Adab sudah pasti akan bertemu rangkaian syair hebat Farazdaq yang secara spontan melantunkan puji-pujian terhadap Imam Ali Zainal Abidin ini. 


Farazdaq yang terkenal sebagai penyair banyak menggunakan kelebihannya untuk memuji para pembesar, pemerintah, menghiburkan pemimpin dengan syair-syairnya. Namun kecintaan nya terhadap ahlil bait tidak mampu disembunyikan, apabila suatu hari di dalam Masjidil Haram ketika anak khalifah Umawiyyah, Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan tidak dapat mencium Hajar Aswad kerana rami orang, lalu beliau duduk di satu bahagian memerhatikan orang ramai. Bersama-sama beliau ialah para hujjaj dari Syam, tentera-tentera dan pengikutnya.


Tiba-tiba datang Sayyidina Ali Zainal Abidin jalan menunduk ke bumi penuh tawadhuk, menuju ke Ka'abah ramai orang yang mengikutinya. Tidak semena-mena semua orang membuka dan memberikan jalan penuh hormat dan ta'zim kepada cucunda Rasulullah saw yang agung ini. 


Sayyidina Ali Zainal Abidin dapat mencium Hajar Aswad dengan mudah dan bertawaf. Semua orang memberi laluan kepadanya. Semua orang sibuk dan asyik memerhatikan Sayyidina Ali Zainal Abidin darah daging Rasulullah Saw sehingga bertanyalah salah seorang lelaki dari Syam yang bersama Hisyam bin Abdul Malik ini, "Siapakah lelaki yang begitu agung ini, yang memiliki segala kehebatan ini?" Lalu berkatalah Hisyam bin Abdul Malik " Aku tidak tahu" kerana beliau takut orang Syam yang bersamanya ini akan tertarik kepada cucunda Rasulullah saw itu sedang hakikatnya beliau sangat kenal siapakah lelaki yang hebat itu.


Pada ketika itu Farazdaq yang merupakan penyair Hisyam berasa tidak senang hati kepada Hisyam yang pura-pura tidak tahu lalu berkata "Aku tahu siapa dia" lalu beliau melantunkan puji-pujian yang indah secara spontan :


هذا الذي تعرف البطحاء وطأته والبيت يعرفه والحل والحرم
........


Dialah yang dikenal jejak langkahnya,
oleh butiran pasir yang dilaluinya.
Rumah Allah Ka’bah pun mengenalinya,
dan dataran tanah suci sekelilingnya.


Dialah putra insan termulia,
dari hamba Allah seluruhnya.
Dialah manusia hidup berhias takwa,
kesuciannya ditentukan oleh fitrahnya.


Di saat ia menunju Ka’bah,
bertawaf mencium Hajar jejak nendanya
Ruknul Hatim enggan melepaskan tangannya,
karena mengenal betapa ia tinggi nilainya.


Itulah Sayidina Ali Zainal Abidin cicit Rasulullah,
cicit pemimpin segenap umat manusia.
Dengan agamanya manusia berbahagia,
dengan bimbingannya mencapai keridhaanNya.


Pertanyaan Anda “Siapa dia?”
tidak merugikan keharuman namanya.
Arab dan ajam mengenal dia,
walau Anda hendak mengingkarinya.


Tidak pernah ia berucap “tidak”,
kecuali dalam ucapan syahadatnya.
Kalau bukan karena syahadatnya,
“Tidak”nya berubah menjadi “ya”.


Berasal dari keluarga mulia
Mencintainya fardhu dalam agama
Membencinya kufur dalam agama
Dekat padanya selamat dari marabahaya.


Yang mengenal Allah pasti mengenal dia
Yang mengenal dia mengenal keutamaannya
Yang bersumber pada lingkungan keluarganya
Tempat manusia bermandikan cahaya.




Selepas Farazdaq secara spontan bersyair memuji Imam Ali Zainal Abidin dan seluruh Ahlil Bait sehingga orang Syam yang berada di situ mengenali siapakah susuk tubuh lelaki hebat itu, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Hisyam bin Abdul Malik. Farazdaq puas dengan melimpahkan pujian itu, dia dipenjarakan.


Benar sekali Farazdaq, inilah orang yang tidak pernah berkata tidak. Sangat mencintai seluruh umat. Sekiranya tidak ada kalimah nafi istbat di dalam syahadah, nescaya "La" tidak itu menjadi ya.


Imam Ali Zainal Abidin selama hayatnya sering memberi bantuan makanan kepada faqir miskin secara sembunyi di tengah malam. Setiap pagi fakir miskin akan mendapati bungkusan makanan ada di hadapan rumah mereka. Namun apabila kewafatan Imam Ali Zainal Abidin, barulah terbongkar siapakah insan mulia yang meberi secara rahsia itu.

No comments:

Post a Comment