DIARI HIDUP RASULULLAH SAW




  • Diari Hidup Rasulullah S.A.W menjelaskan rahsia keunggulan Rasulullah S.A.W melalui pengamalan tujuh sunnah utama dalam kehidupan baginda. 
  • Rasulullah S.A.W memulakan setiap hari dengan solat tahajud, khusyuk mentadabbur Quran, menyertai solat Subuh secara berjemaah di masjid, bersedekah, memelihara wuduk sepanjang waktu, menghiasi hari dengan solat duha dan mencintai zikrullah. 
  • Alangkah indahnya! Buku ini mampu membimbing kita mempraktikkan dan menghayati tujuh sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita, seterusnya membongkar keajaiban demi keajaiban yang bakal muncul sebagai natijah pengamalannya.
  • Harga buku ni RM 11.90
  • Jom BELI !



LUKISAN DAKWAH PILIHAN


Kenapa Saya dan Anda Malas Solat Tahajjud ???



Solat Tahajjud.....sy dengar sebutan "tahajjud" tu, sy dah rasa lain..rasa satu kekuatan lain pada solat ini..Tapi sy hanya manusia biasa, yang selalu terkandas dalam mengerjakan solat istimewa ini...Orang yang istiqomah melakukan Tahajjud ni sebenarnya orang yang Allah pilih....Jadi, yang terkandas ni, Allah tak pilih ke ? Bukan.....bukan macam tu...Untuk mengerjakan solat ini, perlu ada "usaha" sendiri untuk menjadi pilihan Allah....


SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah melalui Solat Tahajjud . Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk Solat Tahajjud pada tengah malam ketika suasana sunyi,  sejuk dan penuh keheningan. Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah

Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. 

Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila  tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. 

Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun Solat Tahajjud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. 




Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79) 

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya Solat Tahajjud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. 

Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan Tahajjud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. 

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud) 

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang. Solat Tahajjud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan solat istimewa ini. Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram. Solat Tahajjud sesungguhnya satu daripada solat sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding solat sunat lain. 

Solat Tahajjud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan solat Tahajjud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah Tahajjud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. 

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

5 Kurniaan di dunia ialah

1) Jauh daripada segala penyakit
2) Lahir kesan takwa pada wajahnya
3) Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
4) Percakapannya mengandungi hikmat
5) Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

4 perkara di akhirat ialah:

1) Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
2) Dipermudahkan hisab
3) Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
4) Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun saya dan anda sedar ketinggian kedudukan solat Tahajjud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan solat istimewa ini. Bagi saya dan anda, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada solat. 

Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk solat Tahajjud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu. Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khaliq. 

Apa yang dibaca seseorang ketika solat itu didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam solat akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir. Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya. Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka.  Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah solat di tengah malam.

# Segala yang baik daripada Allah, dan yang buruk adalah daripada kelemahan diri saya sendiri...


Post kali ini mengenai santau...sebut ja santau, mesti sinonim dengan orang Melayu...ada ker orang cina guna khidmat santau?hehe penulis belum pernah dengaq la...tapi kalau orang melayu, dari dulu smpai skrg "femes" bab2 santau..kita kena ambik tau jgk,takut2 kita terkena santau tanpa kita sedar...tapi kita kena ingat, santau tak kan terjadi tanpa izin Allah....



Apa Itu Santau, Bahan-Bahan Yang Digunakan & Kesannya Kepada Kita?

Tulisan ini adalah karangan Wan Muhd Ali pada tarikh 18/11/2011 

Apakah Itu Santau?

--- Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. 
--- Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

Bahan-Bahan Yang Digunakan:

1) Bahan Bisa seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2)Bahan Miang/Gatal  seperti miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3) Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

--- Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai ‘santau angin’ atau ‘santau seru’, santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan bantuan syaitan atau jin. 

--- Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.

Jenis-Jenis Santau:

Terdapat 2 jenis santau -

1. Santau yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.

TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:

---- Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

---- Pesakit juga akan merasa lesu dan demam, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

 Kesan Santau:

1) Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2) Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3) Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4) Kurang daya ingatan.
5) Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6) Sakit di bahagian tengkuk.
7) lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarna hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. 

Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan seperti lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.


Apa Itu Santau? Santau Itu Sihir!


Ini merupakan zikir pendinding. Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.....
Asam Pedas Kedah



Kali ni wat entry baru...pasal resepi...ni makanan kegemaran mira, asam pedas...kalau boleh,rasa cam nk buat hari2 ja asam pedas makan dgn nasi putih...tapi mak dok berletiaq, tak jemu ka hari2 asam pedas? abg mira pula dok kata,kesian kat suami nti, tak kan hari2 dia nak makan asam pedas? ---zruppp...terdiam..hehehe, sebenarnya nak tergelak bila abg cakap mcm tu...tapi betul...kesian suami mira nanti, tapi kalau suami minat asam pedas, apa salahnya....

Kali ni nak kongsi sikit resepi buat asam pedas kedah yang mira buat...:

Bahan2 yang diperlukan : 
1) 2 ulas bawang merah
2) 2 ulas bawang putih 
3) perencah kari ikan alagapas
4) kacang bendi (bergantung nak banyak mana)
5) ikan 
6) asam gelugor 1 keping
7) garam
8) air

#2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus

Cara2 :
1) Masukkan air 1 1/2 gelas @ 2 gelas
2) masukkan 1/2 sudu perencah kari ikan alagapas (kalau buh air banyak, perencah lebih sikit)2 jer
3) masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus
4) masukkan asam gelugor
5) masukkan kacang bendi
6) bila dah mendidih, baru boh ikan--jangan biar lama sgt
7) pas 2 masukkan garam secukup rasa
8) k siap utk dihidangkan...




Kisah "Wanita Pengumpat Sukar Untuk Dikapankan"


# Diambil daripada laman web ehberita.com

Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan.

Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalaman itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil.

Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk.

Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama Ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.

Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua,
Umurnya sekitar 60-an.

Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.

Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning Dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.

"He, Ada lagi najis", kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan.

Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.

"He, kenapa tak cukup. Takkan salah potong", saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.

Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu Dan mendapatinya cukup 24 ela.

Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.

Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.

Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada .

Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi.

Puas saya tarik untuk Cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.

Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.

Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok.

Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?

Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.

Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.

Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah.

Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.

Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk - suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah.

Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.

Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an.. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih.

Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.

"Bersih betul mayat ini", saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam.

Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi.

Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.

Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.

Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jodoh itu akan tiba tepat pada masanya.....



Kata-kata nasihat seorang teman kepada saya..

“Usia muda ni kita ada 2 rezeki besar, satu berkahwin muda dan satu mungkin kerjaya. Cuba lihat balik mereka yang kahwin muda. Kebanyakkannya belum ada tapak karier lagi, meaning baru mula bekerja. Dan mereka yang berkahwin muda, keluarga yang banyak support. Bagi mereka yang muda-muda dah ada kerja bagus, jarang kahwin awal sebab mereka lebih menumpukan perhatian kepada pekerjaan mereka..”

Itu kata-kata dari seorang teman saya bila saya bangkitkan isu jodoh..

Ada benarnya.. mungkin ada juga yang ada kerja dalam usia muda dan berkahwin awal.. itu rezeki mereka.. tapi tak ramai yang dapat rezeki macam tu.. perancangan Allah ni teratur sebenarnya.. Cuma kita sebagai manusia ada sifat tak sabar dan tidak berusaha.. nak kahwin bukan senang, sebab bila kita berkahwin kita menyempurnakan sebahagian daripada agama kita.. yang boleh kita buat sekarang berusaha,berdoa dan bertawakal..

Buat kamu bakal-suamiku,
Aku sabar menunggu kamu disini,
Percaya dengan takdir Allah, insya'allah kita akan dipertemukan.
Bakal-isterimu...............Nurul Amira................................





Bertudung Kerana Apa?



Jom Bayar Zakat

Bayaran zakat fitrah pada tahun ini /1433H mengikut negeri masing-masing..


TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT

1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly

2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),  Quran dilagu - lagukan dan  dipertandingkan tetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan  hiasan dinding.


3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'


4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.


5. Cukai ditinggikan.


6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.


7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis,  Aids da lain - lain.


8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan mereka mengguna alat  perancang keluarga.


9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.


10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli  jema'ah  dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakan Islam.


11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai  rumah  tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.


12. Banyak berlaku gempa bumi.


13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.


14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan  lain - lain.


15. Banyak berlaku rasuah.


16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu 'Alaihi  Wasallam.


17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.


18. Hubungan keluarga pecah belah (anak derhaka ibu bapa,isteri tidak  taat  suami, suami menganiaya isteri -di jadikan pelacur dan sebagainya )


19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa  pembelaan seperti di kem tahanan Sabra dan Syatila; dan di Bosnia)


20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.


Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang   tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa  peristiwa iaitu:


1. Sembahyang ditinggalkan.

2. Banyak bangunan  tinggi mencakar langit.
3. Orang jahat jadi pemimpin.
4. Tidak amanah dan zalim.
5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6. Perkara haram dihalalkan.
7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dari aqidah Ahlussunnah Waljama'ah.
8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).
 
Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan difikirkan

Dipetik dari : Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam oleh : Prof. Muhammad As Soqhir

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1) Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2) Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3) Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4) Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5) Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6) Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7) Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah dan memperelokkan akhlak.

8) Hak kpd Ridhzuan(malaikat penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9) Hak kpd Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10) Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

7 Mata yang dicintai oleh Allah SWT....




Soalan: Hukum merawat orang bukan islam dengan ayat al-quran

Hukumnya harus merawat pesakit atas usaha pengubatan yang menggunakan ayat-ayat al-quran jika ianya memberi manfaat kesembuhan. Dalilnya adalah, para sahabat pernah membacakan ayat Al-quran kepada seorang ketua badawi yang sakit, lalu sembuh, dan disetujui oleh Rasulullah cara tersebut. Rasulullah tidak kata bid'ah walaupun baginda tidak pernah ajar.

Jom kita cek hadis Nabi mengenai hal ni.....

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Kerana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku. (Hadis Riwayat Imam Muslim dan terdapat juga dalam Hadis riwayat Imam Bukhari)

Tidak menjadi kesalahan seseorang Islam mendoakan (ruqyah) ke atas orang bukan Islam yang masih hidup. Kita boleh mendoakan kesihatan mereka, lebih-lebih lagi mendoakan agar hati mereka terbuka kepada Islam. Menurut Syeikh Nuruddin Al-Banjare, apa yang dilarang sebenarnya ialah mendoakan ke atas orang bukan Islam yang sudah mati dan ketika sakaratul maut.

KES 1: Firman Allah swt :
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. " (Surah at-Taubah: 113)

Asbabun Nuzul ayat 113 surah at-Taubah ini ialah ketika Nabi melawat Abu Talib yang sedang sakaratul maut (dalam hadist riwayat Bukhari).

KES 2: Rasulullah SAW pernah memohon kepada Allah ta’ala agar salah seorang dari dua pembesar musyrikin kota Makkah memperoleh hidayah. Doanya diabadikan dalam hadits di bawah ini:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلَامَ بِأَحَبِّ هَذَيْنِ الرَّجُلَيْنِ إِلَيْكَ بِأَبِي جَهْلٍ أَوْ بِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ
Dari Ibnu Umar ra bahwa sesungguhnya Rasulullah berdoa: “Ya Allah, muliakanlah Islam dengan sebab kecintaan dua lelaki kepadaMu, iaitu dengan sebab ‘Amr bin Hisyam (Abu Jahl) atau dengan sebab ‘Umar bin Khattab.” (At-Tirmidzi 12/141)

Ketika itu Umar belum lagi memeluk islam.



:: TAHAP-TAHAP ZiKiR ::

Terdapat 4 tahap zikir yang mesti dilalui oleh orang yang berzikir.




Jom.....Mari kita cek diri sendiri, dimanakah kedudukan zikir kita pada Allah ???

1)Zikir GHAFLAH
-- Di peringkat zikir ini,ruang hati orang yang berzikir, masih dipenuhi perkara-perkara lain daripada Allah. 
-- Ghaflah maksudnya 'lalai'.
-- Bagaimanapun,kita tidak akan tahu dan faham maksud lalai selagi kita tidak dikurniakan oleh Allah dengan dihilangkan lalai itu dari ruang hati kita. Dikatakan bahawa 'siapa yang tidak merasa,dia tidak akan tahu'.

2)Zikir YAQAZAH
-- Diperingkat ini dengan rahmat Allah, hati orang yang berzikir telah ditukarkan dari ghaflah ke yaqazah. 
-- Yaqazah bermaksud 'sedar' atau 'jaga'. 
-- Untuk mudah kita fahami maksud yaqazah, sesetengah ulama membuat misal antara seorang yang tidur dan seorang yang jaga. Keadaan seseorang yang tidur nyenyak itu adalah ghaflah.Manakala seseorang yang terjaga dari tidur itu adalah gambaran yaqazah hati. Maksudnya,apabila hati itu berada dalam keadaan yaqazah maka hati dapat memahami apa yang tidak dapat difahamai semasa dalam keadaan ghaflah....faham dak?

3)Zikir HUDUR
-- Maksudnya,hati terlalu kuat ingatan kepada Allah. 
-- Allah sahaja yang menarik perhatian hati. 
-- Ruang-ruang hati dipenuhi dengan Allah. 
-- Hati juga tertarik semata-mata kepada Allah dan keredhaanNya.
-- Seolah-olah hati telah terlepas dari pengaruh makhluk dan menjadi merdeka sebagai hamba Allah sahaja.

4) Zikir GHAiBAH
-- Maksudnya,yang lain daripada Allah akan hilang dari ingatan,Allah sahaja yang diingat.
-- keadaan hati yang berada dalam keadaan fana' (membaiki hati,membersihkan hati atau mendekatkan diri dengan Allah)

Setakat manakah tahap zikrullah kita pada Allah?Mudah-mudahan kita mampu mencapai tahap yang tertinggi dalam setiap aspek ibadah, insyaAllah....Semoga istiqomah sahabatkuu...

Serangan Syaitan

Awas !! Kita Diserang Syaitan melalui 10 Pintu.

Syaitan sering menyerang kita melalui 10 pintu ini....


1) BURUK SANGKA.


2) CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN.


3) CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN


4) UJUB (Kagum dengan diri sendiri).


5) PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA.


6) RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN ORANG


7) HASAD.


8) BAKHIL.


9) TAKABUR.


10) TAMAK.

Hidup TIADA Siaran Ulangan



Suka atau tidak, hidup kita ini tidak mempunyai siaran ulangan. Cubalah sehebat mana pun teknologi canggih, pasti tidak dapat mencipta alat yang membolehkan siaran channel hidup lama kita bersiaran secara langsung semula, cuma yang mampu ialah siaran muhasabah diri yang tidak boleh diubah lagi dan telah menjadi diary kita yang lalu.

Disebabkan dengan hakikat inilah, Allah menyuruh kita agar memanfaatkan setiap saat yang datang kepada kita. Allah menyuruh kita agar mengerjakan segala urusan pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. Suruhan ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menjadikan kita sebagai seorang manusia yang berguna dan tidak pernah kenal erti 'menyesal dikemudian hari'.



"Kita adalah umat yang banyak bercakap tetapi sedikit bekerja, jadi tidak hairanlah kita umat Islam yang berjumlah 1.6 billion bertekuk lutut di bawah si Yahudi yang hanya berjumlah 3 juta!” - ♥ ♥ ♥ Sheikh Yusof al-Qaradhawi ♥ ♥ ♥

Hati anda " SIHAT" ???



Hati anda " SIHAT" ???

♥ Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al Quran dan ingatkan mati. 

♥ Begitu juga dengan pesanan Imam Ghazali:

♥ “Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!” ♥

♥ Biasalah jika sekiranya hati kita terganggu oleh karenah-karenah manusia ... Kuncinya , CAPAI SEGERA AL-QURAN dan bacalah.. itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan.

♥ Ingatlah wahai orang yang bermujadahah… tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan…Genggam al-Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!




Ghadh-dhul Bashar (Menahan Pandangan)


Wahai Ali, jangan kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya, kerana yang pertama itu boleh (dimaafkan) sedangkan yang berikutnya tidak. 
(HR. Tirmidzi dan Abu Dawud ).

Memandang sesuatu yang tidak halal untuk dipandang dapat mengubah pandangan menjadi panah syaitan yang beracun. Siapa yang menundukkan pandangan, Allah akan menggantinya dengan manisnya iman dalam dada (Ibnu al-Qayyim al Jauziyah).

-- Secara bahasa, (gadh-dhul bashar) bererti menahan, mengurangi atau menundukkan pandangan .

-- Menahan pandangan bukan bererti menutup atau memejamkan mata hingga tidak melihat sama sekali atau menundukkan kepala ke tanah saja, kerana bukan ini yang dimaksudkan di samping tidak akan mampu dilaksanakan.

-- Tetapi yang dimaksud adalah menjaganya dan tidak menjadi liar.

-- Pandangan yang terpelihara adalah apabila seseorang memandang sesuatu yang bukan aurat orang lain lalu ia tidak mengamat-amati kecantikan atau tidak berlama-lama memandangnya.

-- Dengan kata lain menahan dari apa yang diharamkan oleh Allah swt dan rasul-Nya untuk kita memandangnya.

Maka, gunakanlah mata untuk membaca al-Quran, menangis kerana takut kepada Allah, dan memalingkan hati dari fikiran, godaan, dan gangguan tersebut... 
   Tingkatan Orang Yang Membaca Al-Quran
Assalamualaikum kpd pembaca blog sy sekalian...Hari ini sy terjumpa satu artikel yg amat menarik minat sy dan sy ingin kongsikan kpd anda semua...Ia mengenai tingkatan-tingkatan orang yang membaca Al-Quran...Maksudnya, kalau seseorang itu membaca sehari hanya 10 ayat,dia ada tingkatan pahalanya dan juga gelarannya..Teruskan membaca..





Tingkat atau golongan pembaca Quran dapat dibahagikan kpd  6 tingkat, mari kita perhatikan diri kita berada " ditingkat " yang mana, tergolong dari tingkat yang tinggi atau yang paling rendah?


1. GOLONGAN YANG LALAI
AL-GHAFILIN: Pembaca sekitar 1-9 ayat.

Golongan paling rendah ialah orang-orang yang membaca Quran kurang dari 10 ayat pada setiap malam, ini berdasar kenyataan Tamim Ad-Dhari yang pernah berkata yang maksudnya: 



“Siapa membaca sepuluh ayat Quran pada suatu malam, tidaklah dituliskan dia daripada golongan yang lalai.”


2. GOLONGAN YANG INGAT
AL-ZAKIRIN: Pembaca sekitar 10-49 ayat.

Kata Abi Said Al-Khadari yang bermaksud: ” Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran adalah dituliskan daripada golongan ingat.”


3. GOLONGAN PEMELIHARA
AL-HAFIZIN: Pembaca 50-99 ayat.

Sahabat nabi, Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pernah berkata yang maksudnya: ” 



Siapa membaca 50 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan daripada golongan pemelihara-penghafal Quran.”

4. GOLONGAN SETIAWAN
AL-QANITIN: Pembaca sekitar 100-199 ayat.

Ibnu Umar berkata: “Siapa membaca Quran pada suatu malam sebanyak seratus ayat adalah dituliskan dia daripada golongan Setiawan.”
Tamim Ad-Dhari menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Siapa membaca 100 ayat Quran pada suatu malam nescaya dituliskan pahala dia mendirikan ibadah (sepenuhnya) pada malam itu.”


5. GOLONGAN JIAWAN
AL-FAIZIN: Pembaca 200-299 ayat.

Abdullah bin Omar berkata: “Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran tidaklah dituliskan dia daripada golongan yang lalai. Siapa membaca pada suatu malam 100 ayat Quran adalah dituliskan dia daripada golongan Setiawan dan siapa membaca 200 ayat Quran adalah dituliskan dia daripada golongan Jiawan.”


6. GOLONGAN JUTAWAN
AL-MUQANTIRIN: Pembaca 300-1000 ayat.

“Siapa membaca pada satu malam tiga ratus ayat Quran adalah dituliskan baginya satu Qinthar dan siapa membaca tujuh ratus ayat, Tidaklah aku mengetahui lagi akan pembalasannya.” demikian kata Abdullah.
Hasan menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Siapa membaca Quran pada suatu malam 100 ayat, tidaklah ia dibantahi oleh Quran pada malam itu, Siapa membaca Quran pada suatu malam 200 ayat nescaya dituliskan dia orang yang mendirikan peribadatan malam (ibadah sepenuh malam) dan seterusnya siapa membaca Quran pada suatu malam 500 ayat sampai meningkat 1000 ayat, adalah ia berpagi-pagi memperolehi 1 Qinthar diakhirat.” Mendengar itu sahabat-sahabat pun bertanya: “Berapakah satu Qinthar itu?” Nabi menjawab: “12000.”
Abi Ad-Darda menyebutkan persabdaan nabi saw: “Siapa membaca 1000 ayat Quran adalah dituliskan dia memperoleh 1 Qinthar pahala sedang satu Qirathnya adalah seperti Changkat yang besar”.
Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pula berkata: “Siapa membaca 1000 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan untuknya 1 Qinthar, sedang 1 Qirath daripada Qinthar itu adalah lebih baik daripada dunia dan isinya dan ia memperoleh lagi pahala mengikut apa-apa yang dikehendaki Allah”.
Sabda rasulullah saw: “Siapa kerap membacakan 10 ayat Quran tidaklah dituliskan daripada golongan yang lalai, Siapa membacakan 100 ayat Quran adalah dituliskan daripada golongan Setiawan dan siapa membacakan 1000 ayat Quran nescaya dituliskan daripada golongan Jutawan”. (H.R Abi Daud M. Abdullah bin Amru bin Al-Ash)
Subhanaallah....banyaknya ganjaran yg Allah beri buat kita...sama2 lah kita muhasabah diri balik..Ya, iman kita sentiasa naik dan sentiasa turun...Oleh itu, selalulah membaca Al-Quran dan jika berada di tahap satu,usahakn untuk naik ke tahap dua dan akhirnya ke tahap "jutawan"...Masya Allah....:-)
Siapakah Wanita Yang akan "DIDIHKAN OTAKNYA" ???



Nabi Muhammad saw. bersabda, “Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”. (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: 
(1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). 
(2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” 
(HR Muslim)

Menutup aurat adalah perintah Allah.

Tidak menutup aurat dengan sempurna adalah berdosa dan merupakan suatu maksiat yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak jika tidak sempat bertaubat.

Bertaubatlah sebelum terlambat.

Renung dan ‘Improve’kan



Renungan untuk kita semua..

 1) Dari bujang-kahwin No 1 —- no.2 —- dll.
2) Dari pakai moto kap — kancil-wira — Honda —- seterusnye..
3) Badminton —– Golf —-
4) Rumah sewa—- rumah murah —rumah teres — banglow…
5) Technician —-supervisor —– engineer — manager…
6) Tv 14′ — 21′ — 29′ —- Home theather…
7) Sg Danga — Tanjung Leman — Langkawi —- Hadnyai — Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour…

Tetapi…
Kita juga lupa..

Semakin banyak kita kecapi kejayaan, semakin hampirlah saat kematian kita
Ditakuti semakin berjaya, kita semakin lupa semua yang kita dapat adalah pemberian ALLAH ‘on loan’…

Setiap kali kita buat action plan atau buat revision, berapa banyakkah kita masukkan item-item yang membawa kearah persediaan untuk mati.



Umpamanya:

1)      tak sembahyang —- pastikan sembahyang– -jadikan amalan….
2)      banyak maksiat —– kurangkan —– hapuskan…
3)      Bangi —- madinah —- mekah—
4)      sedekah RM1.00 —- RM10.00 — RM100.00/
5)      sembahyang dirumah — sembahyang di surau/mesjid. …
6)      5 jam sehari menonton TV —– 3 jam TV & 2 jam majlis ilmu….
7)      3 jam baca suratkabar/majallah /internet —– 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca Al-Quran /selawat , zikir.

Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk akhirat. Tetapi apa yang banyak berlaku pada zaman akhir ini ialah personal improvement banyak kepada kearah keduniaan semata. Perkara berkaitan akhirat slowly di ketepikan…

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur...Ada pulak yg solat laju2..tk tau dia kalut apa..
Kalau dulu tak kenal karaoke. .. bila ALLAH beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa… Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu… malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, dan sebagainya. Jadi samalah kita membuat Balance Action Plan, Balance Objective, Balance Target & Balance Improvement..

ALLAH beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun…



ALLAH juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manfaatkan dengan sebaik mungkin.. mgkin takdir ALLAH hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun (bergantung pd jangka hayat seseorang)  demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya…infiniti…


Semoga Allah terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus .
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.’

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

‘Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah.’

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati....